View

Friday, August 20, 2010

surat cinta untuk Isteriku...

Hanya pada mu
Ku serahkan segalanya
Kau bertakhta di nurani
Anggun cinta mu abadi
Hanya pada mu
Pertama dan yang terakhir
Pohon cinta ku merendang
Disirami kasih suci

Jiwa ku dipalu gemersik tak terkira
Hampir ku terlena dalam belaian mu
Cinta mu selembut sutera menjadi saksi kasih ku
Tiada dua hanyalah satu kau yang ku cintai
Sekelumit cinta sekurun kerinduan
Ku rempuhi ranjau duka
Membara sehangat api
Terhapus sepi di hati ku
Seulas bibir mu kelu tidak berkata
Namun ada sesuatu
Nurbisa dari mata mu
Terpancar cinta yang sejati
Awan yang berarak saujana membiru
Cerahlah wajah mu di rimba sendu ku
Menjadi hamparan cinta suci

Monday, August 16, 2010

Khas buat isteriku yang terchenta!!!!


Tiada secantik bahasa mu
Ku gubah lalu menjadi lagu
Tidak setanding paras
Wajahmu itu menjadi rindu

Andainya bulan retak seribu
Bayangmu ada dimana-mana
Jika kaca berderai
Luka tertusuk
Seluruh jiwa
Kita pun diibaratkan
Kasih suci yang bahagia
Aku turut merasakan
Mahligai yang
Jadi nyata... bersamamu

Pertama dan kaulah segalanya
Riwayat yang menghikayat cinta
Kasih jangan biarkan
Kata yang nista
Membakar kita

Kata janji bukan ukuran
Hanya sejati dalam diri
Kuburkan aku dihatimu
Demi cinta sebelum mati
Sejauh manapun terpisah
Kau dihatiku dan ku sama
Dalam tidur dalam terjaga
Ku ucapkan salam sejahtera

**samudera - salam sejahtera**


Saturday, August 14, 2010

Puasa!!!

Alhamdulillah...besyukur aku ke hadrat Allah SWT diberi kesempatan merasa bulan ramadhan lagi tahun ni... banyak sdh benda blaku dgn aku dalam tempoh 1 tahun ni....
yang paling best aku sdh kawen dengan wanita pujaanku...Alhamdulillah... masuk hari ni sdh 6 bulan 29hari kami begelar suami isteri...tapi baru 3 kali kami dpat luang masa bsama...

lagi benda besar yang blaku...DSLR kenak curik....sedihnya aku...sampai skg maih lg teingat2 kamera ku 2...sekali dengan lens sigma 2.8 18-50mm, speedlight sb900, dslr d5000, dengan laptop binikku skali di rembat..... kerugian dalam anggara 8ribu....sakitnya atiku kalu pikir balik...tapi silap aku gak kasi tinggal dalam kereta..

raya ni insyaAllah 1st time aku beraya dengan binikku....bestnya 2...x sabar aku nih hehehe..
adios!!! assalamualaikum

Sunday, October 25, 2009

My Family

Nurqaseh heeeeee...........



Senyum...........



Jom lepak di luar kak dini....



hurrrrrrrrr...........



HMMMMM



Nurdini Batrisyah



erk?



Nur ainul Eirdina + Nurqaseh


Sayunya mukaknya


Jom panjat


Nurin Nadiha Nadrah

Friday, October 16, 2009

Cucu Atok









Nur Dania Insyira

Wednesday, September 16, 2009

Fadhilat Ramadhan


KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

Saturday, September 5, 2009

update gambar







update ckit2 gambar yg baru aku ambik

Thursday, August 20, 2009

Hobi baru

hobi aku dulu sukak tgk gambar2 yg cantek...
last2 skg aku suka menggambar hehehe
baru2 ni aku beli kamera dslr nikon d5000...di racun aku oleh member2 di sekolah sampai aku terbeli kamera ni...selang seminggu aku tambah lens sigma 18-50mm/2.8...tambahla aku kegilaan mo menggambar

kemahiran takda lagi ni...baru mo belajar cari angle canthek hehehe..
tengok2 website photograper sambil belajar macam mana dorang cari angle..lensku x gak la best btl tapi cukupla 2.8 ni..

saja jak upload gambar2 yg aku sdh tangkap..








































































Monday, May 4, 2009

Asramaku.....

Aduina...
xtaula aku mo ckp apa pasal asrama tempat aku jd warden ni...
bangunan o.k!
budak o.k!
makanan o.k!
elektrik o.k!
air k.o!!!!

Semenjak aku jadi warden asrama ni dari tahun lepas,(ada lebih setahun sudah kira2nyala) xpernah aku senang pasal air d asrama ni...
aku masuk2 jak terus xda air..budak2 ni la yang kesian, tpaksa merayau dsekolah mencarik air..
org dalam hutan pun lagi senang dapat air dari d asrama ni...
masa 2 pam air yg utama overheat..tbakar, langsung rosak.

couple months later we've repaired the pump...but still no water reached to the hostel..what da heck??then they put another pump just beside the hostel..alhamdulillah water supply finally arrived..but still just about 3 days in a week.

berterusanlah keadaannya smpaila beberapa minggu..tengok2 bekalan air dari jabatan air plak yg tputus..MAJOR PROBLEMMM!!!!!! tepaksala beli air plak.. kadang2 kena isytihar darurat..kasi pulang budak tgh2 malam sebab xda air langsung..

satu hari 2 adala kontinjen dari 1 daerah ni menumpang d asrama sempena MSSN Sabah..biarpun xda air kami tpaksa terima sebb arahan PPD.smpai hari sukan, dtakdirkan kontinjen 2 kalah..yg x bestnya disalahkan pihak asrama??? ada sorg cgunya ni cakap kami x sediakan hygene (betulka ejaanku ni hehehe)..ada plak kami yg bsalah?memang xda air sdh deskolah..mo buat mcm mana kn?lagi plak awal2 lg sudah dbgtau xda air, tp dorg mo gak teruskn menumpang..tp cegu2nya yg len ckp memang cgu yg sorg 2 mcm 2..jd kami pun pahamla..nasib bek cgu2nya yg len bek2 gak...

ok sambung balik pasal aer hehehe..
keadaan air jd mcm chipsmore ni belarutan smpailaawal tahun ni..xlama pas2 pam air yg dekat asrama plak rosak sebab kenak air banjir..mula la lagi budak2 ni kesian merayau dsekolah tiap2 ari mencari air...budak2 lelaki ok lagi, budak permpuan yg susah sebab tempat yg ada air 2 tmpat yg tbuka depan aspura lg..

baru2 ni pam 2 dbaiki sdh tapi ada lg masalah baru..pam hidup tapi sekali lg air x smpai2.kalu dulu sebelum pam 2 rosak air dari pam mengalir pg aspura dulu baru pg aspuri, tp lepas rosak n d baiki air mengalir ke aspuri dulu baru ke aspura..bingung aku..jd aspura semenjak pam dbaiki baru beberapa kali ada air...

mgu lepas plak bmulala kisah yg paling teruk pulak, air 1 kawasan diluar dan dalam sekolah lgsg xda.masalah dr jabatan air lg la plak..smpai skg xda air lgsg..rumahku lgsg xda air, tpaksa pulang balik pg rumah family ambik air ari2..budak lg la kesian..ada yg pg sekolah x mandi..yang berani plak mandi air bukit dbelakang rumahku..ada yg xbrani guna air 2 sebab d atas bukit ada setinggan haram..takut2 air bukit 2 sdh tercemar sebelum smpai dbelakang rumahku..tahun lepas ada yang kenak gatal2 sebab mandi air besebelahan dgn air bukit yg dorg guna skg.air 2 pun dr bukit tp guna aliran air yg lain..harap2 air ni bersihla n budak2 ni ok jak..

bilala air di sekolah n asrama ni boleh normal...
silap2 smpai aku resign dr warden pun masalah air ni x selesai..harap2la masalah air ni satu ari nanti jd normal..

Perjalananku jd Cikgu...Guru...Sifu...Teacher....Sensei...enseignant...Без перевода....Lehrer....mestre.....

1st entry (edited sebab penulisan asal yang terlalu longgar hehe)

Teringat dulu masa kecik-kecik, bila bercerita dengan kawan-kawan pasal cita-cita;

" Aku mo jadi GABAN!!"
" Aku plak mo jadi SATRIA PERKASA HITAM!"
" Ne... aku  mo jadi OTROMEN!"

Pastu betumbuk sebab masing-masing ndak mo  kalah.. hahahaha.
Ndada satu pun cita-cita yang logik..

Masuk darjah 5 baru ada pikiran sikit konon mo jadi doktor. Sekolah menengah cita-citaku berubah ikut masa.. sekejap doktor, lepas tu engineer, kadang-kadang akauntan, ada jugak terfikir mo jadi arkitek. tapi yang melekat sampai sekarang mo jadi PILOT. Pergh!! Minat betul aku. Satu kali pun ndak terpikir mo jadi Syekgu.

Belajar jauh dari keluarga di Kolej Matrikulasi Labuan memang banyak bantu aku untuk jadi lebih berdikari. Boleh-boleh sudah aku buat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi kawan-kawan. Zaman tu ramai sudah lepasan siswazah yang start tanam anggur. Ramai sudah yang apply KPLI. Aku ndak mo alami nasib yang sama. Jadi, masa isi borang UPU, 7 pilihan pertamaku is all about to be a teacher. Hahaha..pilihan terakhir bepakat dengan kawanku ambik perhotelan..In case kena 'lelong'.

Alhamdulillah, aku dapat gak tawaran dari Universiti Malaysia Sabah (UMS). Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Sains (Biologi / Kimia). Yahoo!!!!

Masa belajar ni la barula aku mula belajar tanam minat untuk jadi seorang guru. Belajar ilmu pedagogi, praktikal tutorial, praktikal di Sekolah Menengah Agama Sandakan, buat assignment, berkawan dengan kawan-kawan baru yang memang minat mo jadi cikgu.. ini semuala yang bikin aku tertarik dengan kerja aku sekarang..Cikgu...Guru...Sifu...Teacher....Sensei...enseignant...Без перевода....Lehrer....mestre.....

Cikgu Safri hahahahahaha