View

Saturday, April 26, 2014

Encik Rudin @ Bapa tercinta Dalam Kenangan

S A F R I

Inilah perkataan pertama yang mampu aku tulis hasil ajaran beliau.. Waktu tu aku baru berumur 5 tahun.. Bersungguhnya dia ajar aku menulis walhal dia pun tidak pernah dapat pendidikan formal disekolah.. 
TERIMA KASIH PAK.. 

Hari ni sudah tiga bulan lima hari bapak kembali ke rahmatullah.. 
Kami semua rindu dengan bapak.. 
Orang paling terkesan dengan pemergian bapak sudah semestinya mamak..
Lebih 40 tahun bersama..

Hampir setiap hari mamak menitiskan air mata sebak merindukan bapak.
Tidak ditunjuk dengan kami tapi kesannya kelihatan.

Beberapa hari sebelum pergi..
"Aku maafkan kamu semua adik berdik, termasuk mamakmu..aku kesian tengok mamakmu menjaga aku, ..............."
pesannya dengan kakakku..

TERIMA KASIH PAK..

12 jun 2013 bapak di masukkan ke wad sebab BP melebihi 200. Lebih dua minggu, keadaan kesihatannya makin merosot. Lepas buat imbasan, doktor mengesyaki bapak menghidap HCC, hepatocellular carcinoma @ kanser hati tahap 4. Kalo ikut laporan kesihatan, sebahagian besar hanya mampu bertahan 3 bulan sahaja selepas didiagnosis.

Aku tetap bersyukur sebab Allah bagi peluang 7 bulan untuk kami semua berbakti dengan beliau. Semestinya tidak mencukupi apa yang kami buat tapi kami semua cuba berikan yang terbaik..

Temankan Bapak buat rawatan perubatan islam

Semakin sukar untuk berdiri. Terpaksa solat duduk

Kali terakhir bapak melawat kebun kelapa sawitnya sebelum sakit

Raya 2011
Semoga Bapak digolongkan dalam golongan orang-orang yang beriman.. Amin..

No comments:

Post a Comment