View

Wednesday, December 11, 2024

10 years to the future!!

 2024 sudah tahun ni. Tadi buka Google Chrome, tertengok Bookmark Bar.. Ada blog yang sudah lama aku tinggalkan. aku bacala balik semua blog yang pernah aku post.. banyak jugak. dalam fikiranku "rajin jugak aku tulis blog dulu-dulu ya.. biarpun ndaklah banyak". Aku try log masuk, emel ndak  betul. Terlupa emel yang aku guna dulu. Korek punya korek, dapat jugak balik... ALHAMDULILLAH.

    Tiba-tiba aku teringin menulis blog. 10 tahun sudah berlalu. Banyak yang sudah berlaku. aku cuba senaraikan:

1. 2015 - Anak keduaku, Hud Imran lahir

2. Isteriku di diagnos ada ketumbuhan di saraf telinganya. 2 kali major operation untuk buang ketumbuhan di kepalanya tahun 2017 dan 2019.

3. Salur darah di otak mamakku pecah tahun 2018, masuk wad kecemasan zon merah. Di bedah di HQE, kemudain kena strok.. terlantar dikatil dalam keadaan ndak sedarkan diri.

4. Mamakku meninggal 17 Januari 2020, sehari sebelum PKP (covid19) berkuatkuasa.


    Semua peristiwa ni sangat besar bagi aku. Alhamdulillah, aku dan keluargaku dapat hadapi. Itu jak aku update dalam post kali ni. InsyaAllah nanti aku cuba cerita satu-satu peristiwa tadi. Semoga aku kekal rajin menulis post dalam blog ni.


Bai

Saturday, April 26, 2014

Encik Rudin @ Bapa tercinta Dalam Kenangan

S A F R I

Inilah perkataan pertama yang mampu aku tulis hasil ajaran beliau.. Waktu tu aku baru berumur 5 tahun.. Bersungguhnya dia ajar aku menulis walhal dia pun tidak pernah dapat pendidikan formal disekolah.. 
TERIMA KASIH PAK.. 

Hari ni sudah tiga bulan lima hari bapak kembali ke rahmatullah.. 
Kami semua rindu dengan bapak.. 
Orang paling terkesan dengan pemergian bapak sudah semestinya mamak..
Lebih 40 tahun bersama..

Hampir setiap hari mamak menitiskan air mata sebak merindukan bapak.
Tidak ditunjuk dengan kami tapi kesannya kelihatan.

Beberapa hari sebelum pergi..
"Aku maafkan kamu semua adik berdik, termasuk mamakmu..aku kesian tengok mamakmu menjaga aku, ..............."
pesannya dengan kakakku..

TERIMA KASIH PAK..

12 jun 2013 bapak di masukkan ke wad sebab BP melebihi 200. Lebih dua minggu, keadaan kesihatannya makin merosot. Lepas buat imbasan, doktor mengesyaki bapak menghidap HCC, hepatocellular carcinoma @ kanser hati tahap 4. Kalo ikut laporan kesihatan, sebahagian besar hanya mampu bertahan 3 bulan sahaja selepas didiagnosis.

Aku tetap bersyukur sebab Allah bagi peluang 7 bulan untuk kami semua berbakti dengan beliau. Semestinya tidak mencukupi apa yang kami buat tapi kami semua cuba berikan yang terbaik..

Temankan Bapak buat rawatan perubatan islam

Semakin sukar untuk berdiri. Terpaksa solat duduk

Kali terakhir bapak melawat kebun kelapa sawitnya sebelum sakit

Raya 2011
Semoga Bapak digolongkan dalam golongan orang-orang yang beriman.. Amin..

Friday, October 11, 2013

Sepilok Rainforest Discovery Centre

Baru-baru ni kami staff SMKBS buat aktiviti best di RDC. Secara totalnya, aktiviti yang sempoi dan beronok-ronok (seronok). "No pressure, no competition, just a breeze of harmony and relaxation and of course enjoyment" bilang orang putih hehe.

Aktivitinya cukup mudah, objektif utama mesti sampai ke Sepilok Giant, pokok yang dianggarkan berusia 800-1000 tahun.. Bukan alang-alang umur pokok ni sebab pokok ni dipercayai pokok tertua di Sabah. Ketinggiannya mencecah 65 meter atau 19 tingkat!!

Ndada laluan tetap yang dibagi. Yang penting sampai di Sepilok Giant, ambik gambar cantik-cantik. Sebelum jalan tu ada jugak buat aktiviti senaman.. Tapi aku ndak join sebab purak-purak ambil gambar hehehehe. Habis aktiviti, ada pulak  aktiviti makan raja buah, abang DURIAN. Ambikmu!! Makan kau sampai puas. Ni antara gambar yang dapat aku share;

Team Porsche


Kumpulan Porsche
Tema: Bini-biniku Gangster


Baca Doa Sebelum Jalan

Sunday, September 1, 2013

Tegur Menegur

Memang sdh lumrah kita manusia melakukan kesilapan..kadang2 sengaja, kadang2 tidak sengaja.. yang sengaja ni maksudnya dia tahu benda tu salah tapi dibuat jugak.. kategori tidak sengaja ni mungkin dia tidak tahu benda tu salah atau tidak mau tau benda tu salah..

Kebiasaan manusia jugak kehendak diri akan diutamakan..diletak paling depan.. Ramai yang akan cuba mencari alasan supaya kemahuan dorang ni di anggap betul..sekurang-kurangnya oleh otaknya sendiri (meaning tipu diri sendiri) supaya dia senang hati buat benda yang dia mau...

Contohnya sekarang ni sandakan sesak sebab program TV# J*m He##h..siang malam orang penuh di padang bandaran sandakan sebab ni 1st time program ni sampai di sandakan.siang2 tu xpalah kalo stakat pi beli barang...banyak promosi dibuat..tapi malamnya tu ada plak konsert yang melalaikan...leaki & perempuan becampur tanpa sempadan yang jelas...na disinilah si setan mula menjalankan tugas...langgar sana, langgar sini tersentuh ato menyentuh bukan mahram ndak sdh dipedulik.. susah2 cerita ni link pengharaman konsert Sure Heboh @ Jom Heboh http://hikmatun.wordpress.com/2007/01/01/sure-heboh%E2%80%99-%E2%80%98jom-heboh%E2%80%99-%E2%80%98fiesta-hurra%E2%80%99-tetap-haram-mufti-perak/

Malangnya baru tadi aku terbaca post dlm FB lg 
"Kadang orang yang tak pergi event ni, lagi bising celupar mengata orang yang pergi event. Duk rumah diam-diam dahlah. Orang lain happy, engkau bengkak kenapa?"
mungkin orang yg tegur kawan ni agak kasar.. tapi itu bukan jugak alasan knp berabis jugak mo pg konsert tu kan? kan? kan?

Selama aku jadi cikgu, pernah jugak ada student yang melenting bila ditegur tp bukan ditegur cikgula..tapi ditegur kawan2.. ndak taula apa yang ditegur tapi terus di post dalam FB..Ayatnya lebih kurang macam ni.."sikit2 tegur orang, macamla diri tu perfect." aku yang terbaca post tu & sebagai bekas cikgunya terasa terpanggil mo mereply postnya..bukan menyibuk tp naluri mo bekongsi ilmu tu kuat sb aku rapat gak dgn budak ni.. 

Fikiran mcm ni agak merbahaya kalo dibiarkan tumbuh segar dalam hati...memang susah orang mo terima teguran lebih2 lagi kalo orang tu 2x5 jak perangai.. tapi bak kata orang dulu2 'buanglah yang keruh ambillah yang jernih'.. terimalah teguran orang dengan hati yang terbuka, 

Saturday, March 26, 2011

Janjimu taroe

tahun ni pejalanan pg kja yg sepatutnya 20 minit btambah jadi 30 minit..kalu dulu pjalanan lncar jak (biarpun tehinjut2 gak ckit) tp tahun ni mcm jalan masuk pg sugut sdh rupa paras jalan d batu sapi ni...bemula dari jalan lintas sibuga smpai la d jalan batu sapi ke karamunting semuaya macam jalan2 ke hutan...

kereta2 kecik mcm keretaku mula sdh pandai 'merungut'...dulu xda bunyi2 nya skg start sdh pandai dia 'membebel'..
heran jugak aku, masa bulan 11 ari 2 jalan yg x rosak habis dturap2.. tp skg (dari januari sampai skg) jalan yg rosak mcm dbiar2 jak...
bulan januari lepas sandakan dlanda hujan lebat smpai banjir...jalan byk yg rosak, tanah runtuh banjir lumpur dan byk lg la kejadian2nya...

jalan lintas sibuga yg rosak palin teruk dekat2 batu sapi...satu bahagian ni belubang dalam pastu dtutup lapisan tanah runtuh dari bukit sebelahnya..pastu ada paip bocor lag dsana...jadi betakungla air disitu...sdh 3 bulan benda ni blaku, tp tindakan yg diambik (yg aku tengokla) paling di buatnya aliran air kejalan sebelah supaya air 2 mengalir masuk ke sungai2 kecik.. mcm bgs jugak idea dorg ni ba...tp masalahnya jalan dsebelah yg masih boleh dpakai sebab masih cantik pun belubang2la jugak sebab air di kasi mengalir atas jalan 2...jadi kesannya skg dua2 jalan rosak skg...tindakan dorg yg seterusnya bawak tanah beisi batu2 tampal jalan yg belubang2...jalan sebelah pulak mcm xda tindakan susulan...banyak sdk kereta jd mangsa keadaan jalan dsitu...

xdaka pakar dsandakan ni untuk cari penyelesaian yg lebih bkesan?penyelesaian yg diambik 2 mcm bilang org asalkan ada jak...kalu setakat tampal dengan tanah jak x smpai 1 mgu belubang lg balik jalan 2...kenak2 lg kawasan 2 memang tempat laluan kenderaan2 berat... yang ini baru laluan d jalan lintas sibuga..ada lg djalan batu sapi dr karamunting sampai ke kg gas...palin teruk depan bangunan fungming sampai simpang lupak meluas....grabelnya bukan alang2, lori pun mengelak ba lubang2 djalan 2..

sampai bilala la jalan ni mo begini...dmanala sdh org2 yg betanggungjawab ni?
kalu smpai tahun depan bila ada agenda lg baru mo dbikin alamatnya keretaku ni lunyaila dkerjakan jalan d sandakan ni...

JANJIMU TAROE...

Friday, August 27, 2010

Zawjati

Zawjati (My Wifeeey...)

“Uhhibuki misla maa anteee” I love you the way you are,
“Uhiibuki kaifa ma kunteee” I love you the way you were,

“Wa mahma kaana ,mahaa saara“ No matter what did or will happen
“anti habeebati anteee” You are and will be My Darling.

“Zawjateee…” My Wifeeey…

“anti habeebati anteee” You are and will be My Darling.

“Uhhibuki misla maa anteee” I love you the way you are,
“Uhiibuki kaifa ma kunteee” I love you the way you were,

“Wa mahma kaana ,mahaa saara“ No matter what did or will happen
“anti habeebati anteee” You are and will be My Darling.

“Zawjateee…” My Wifeeey…

“halaali anti laa akhshaa adulan…an numaqteee…” You're my rightful wife, I don’t fear sin… I don’t care not about those who like to reproach and irritate me.
laqad azina zamaanulana bi wuslim ghayri mumbatteee” It is our destiny to be Together eternally.

“Saqaytil hubba fi qalbi bi husnil fa a’li was-samti” In my heart you instilled love With grace and good deeds.
“yagheeb-us’-sa’adu innibti” Happiness vanishes when you disappear,
“Wa yasful a’yshu inji ti” Life brightens when you're there.

“nahaari kaadihum hatta izaa ma a’ttulil baytee” Hard is my day Until you return home.
“Laqituki fanjala anni duna ya izaaa tabassamteee” Sadness disappears When you smile. J

“Uhhibuki misla maa anteee” I love you the way you are,
“Uhiibuki kaifa ma kunteee” I love you the way you were,

“Wa mahma kaana ,mahmaa saara“ No matter what did or will happen
“antee habeebati anteee” You are and will be My Darling.

“Zawjateee…” My Wifeeey…
“antee habeebati anteee” You are and will be My Darling.

“tagiku bi al hyaatu iza bi aa yauman tabarramti” Life turns black When you're upset,
“fa asssaa jaahidan hatta aw haqqi qaamaa tamannaytee” So I work hard To make your wish come true.

“anaaee anti fal tanay bi jifhil hubbi maa ashtee” You're my happiness. May you be happy forever.
Fa roohanaa qadi talafa ka mislil ardhi wa annabteee Our souls are united Like soil and plants.

“wa amali wa Yaa sakaanee Yaa unsi wa mulhimateee” ”You're my hope, my peace My good company and inspiration.
“yatibul a’eshu mahmaa daaqatil ayyaamu intibteee” Life is good, no matter how hard it is, When you're fine.

“wa amali wa Yaa sakaanee Yaa unsi wa mulhimateee” ”You're my hope, my peace My good company and inspiration.
“yatibul a’eshu mahmaa daaqatil ayyaamu intibteee” Life is good, no matter how hard it is, When you're fine.

“Uhhibuki misla maa anteee” I love you the way you are,
“Uhiibuki kaifa ma kunteee” I love you the way you were,

“Wa mahma kaana ,mahaa…saaraa“ No matter what did or will happen
“anti habeebati anteee” You are and will be My Darling.

“Zawjateee…” My Wifeeey…

Balik sandakan nanti abg bagi dengar lagunya ya...

Friday, August 20, 2010

surat cinta untuk Isteriku...

Hanya pada mu
Ku serahkan segalanya
Kau bertakhta di nurani
Anggun cinta mu abadi
Hanya pada mu
Pertama dan yang terakhir
Pohon cinta ku merendang
Disirami kasih suci

Jiwa ku dipalu gemersik tak terkira
Hampir ku terlena dalam belaian mu
Cinta mu selembut sutera menjadi saksi kasih ku
Tiada dua hanyalah satu kau yang ku cintai
Sekelumit cinta sekurun kerinduan
Ku rempuhi ranjau duka
Membara sehangat api
Terhapus sepi di hati ku
Seulas bibir mu kelu tidak berkata
Namun ada sesuatu
Nurbisa dari mata mu
Terpancar cinta yang sejati
Awan yang berarak saujana membiru
Cerahlah wajah mu di rimba sendu ku
Menjadi hamparan cinta suci

Monday, August 16, 2010

Khas buat isteriku yang terchenta!!!!


Tiada secantik bahasa mu
Ku gubah lalu menjadi lagu
Tidak setanding paras
Wajahmu itu menjadi rindu

Andainya bulan retak seribu
Bayangmu ada dimana-mana
Jika kaca berderai
Luka tertusuk
Seluruh jiwa
Kita pun diibaratkan
Kasih suci yang bahagia
Aku turut merasakan
Mahligai yang
Jadi nyata... bersamamu

Pertama dan kaulah segalanya
Riwayat yang menghikayat cinta
Kasih jangan biarkan
Kata yang nista
Membakar kita

Kata janji bukan ukuran
Hanya sejati dalam diri
Kuburkan aku dihatimu
Demi cinta sebelum mati
Sejauh manapun terpisah
Kau dihatiku dan ku sama
Dalam tidur dalam terjaga
Ku ucapkan salam sejahtera

**samudera - salam sejahtera**


Saturday, August 14, 2010

Puasa!!!

Alhamdulillah...besyukur aku ke hadrat Allah SWT diberi kesempatan merasa bulan ramadhan lagi tahun ni... banyak sdh benda blaku dgn aku dalam tempoh 1 tahun ni....
yang paling best aku sdh kawen dengan wanita pujaanku...Alhamdulillah... masuk hari ni sdh 6 bulan 29hari kami begelar suami isteri...tapi baru 3 kali kami dpat luang masa bsama...

lagi benda besar yang blaku...DSLR kenak curik....sedihnya aku...sampai skg maih lg teingat2 kamera ku 2...sekali dengan lens sigma 2.8 18-50mm, speedlight sb900, dslr d5000, dengan laptop binikku skali di rembat..... kerugian dalam anggara 8ribu....sakitnya atiku kalu pikir balik...tapi silap aku gak kasi tinggal dalam kereta..

raya ni insyaAllah 1st time aku beraya dengan binikku....bestnya 2...x sabar aku nih hehehe..
adios!!! assalamualaikum

Sunday, October 25, 2009

My Family

Nurqaseh heeeeee...........



Senyum...........



Jom lepak di luar kak dini....



hurrrrrrrrr...........



HMMMMM



Nurdini Batrisyah



erk?



Nur ainul Eirdina + Nurqaseh


Sayunya mukaknya


Jom panjat


Nurin Nadiha Nadrah

Friday, October 16, 2009

Cucu Atok









Nur Dania Insyira

Wednesday, September 16, 2009

Fadhilat Ramadhan


KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

Saturday, September 5, 2009

update gambar







update ckit2 gambar yg baru aku ambik

Thursday, August 20, 2009

Hobi baru

hobi aku dulu sukak tgk gambar2 yg cantek...
last2 skg aku suka menggambar hehehe
baru2 ni aku beli kamera dslr nikon d5000...di racun aku oleh member2 di sekolah sampai aku terbeli kamera ni...selang seminggu aku tambah lens sigma 18-50mm/2.8...tambahla aku kegilaan mo menggambar

kemahiran takda lagi ni...baru mo belajar cari angle canthek hehehe..
tengok2 website photograper sambil belajar macam mana dorang cari angle..lensku x gak la best btl tapi cukupla 2.8 ni..

saja jak upload gambar2 yg aku sdh tangkap..








































































Monday, May 4, 2009

Asramaku.....

Aduina...
xtaula aku mo ckp apa pasal asrama tempat aku jd warden ni...
bangunan o.k!
budak o.k!
makanan o.k!
elektrik o.k!
air k.o!!!!

Semenjak aku jadi warden asrama ni dari tahun lepas,(ada lebih setahun sudah kira2nyala) xpernah aku senang pasal air d asrama ni...
aku masuk2 jak terus xda air..budak2 ni la yang kesian, tpaksa merayau dsekolah mencarik air..
org dalam hutan pun lagi senang dapat air dari d asrama ni...
masa 2 pam air yg utama overheat..tbakar, langsung rosak.

couple months later we've repaired the pump...but still no water reached to the hostel..what da heck??then they put another pump just beside the hostel..alhamdulillah water supply finally arrived..but still just about 3 days in a week.

berterusanlah keadaannya smpaila beberapa minggu..tengok2 bekalan air dari jabatan air plak yg tputus..MAJOR PROBLEMMM!!!!!! tepaksala beli air plak.. kadang2 kena isytihar darurat..kasi pulang budak tgh2 malam sebab xda air langsung..

satu hari 2 adala kontinjen dari 1 daerah ni menumpang d asrama sempena MSSN Sabah..biarpun xda air kami tpaksa terima sebb arahan PPD.smpai hari sukan, dtakdirkan kontinjen 2 kalah..yg x bestnya disalahkan pihak asrama??? ada sorg cgunya ni cakap kami x sediakan hygene (betulka ejaanku ni hehehe)..ada plak kami yg bsalah?memang xda air sdh deskolah..mo buat mcm mana kn?lagi plak awal2 lg sudah dbgtau xda air, tp dorg mo gak teruskn menumpang..tp cegu2nya yg len ckp memang cgu yg sorg 2 mcm 2..jd kami pun pahamla..nasib bek cgu2nya yg len bek2 gak...

ok sambung balik pasal aer hehehe..
keadaan air jd mcm chipsmore ni belarutan smpailaawal tahun ni..xlama pas2 pam air yg dekat asrama plak rosak sebab kenak air banjir..mula la lagi budak2 ni kesian merayau dsekolah tiap2 ari mencari air...budak2 lelaki ok lagi, budak permpuan yg susah sebab tempat yg ada air 2 tmpat yg tbuka depan aspura lg..

baru2 ni pam 2 dbaiki sdh tapi ada lg masalah baru..pam hidup tapi sekali lg air x smpai2.kalu dulu sebelum pam 2 rosak air dari pam mengalir pg aspura dulu baru pg aspuri, tp lepas rosak n d baiki air mengalir ke aspuri dulu baru ke aspura..bingung aku..jd aspura semenjak pam dbaiki baru beberapa kali ada air...

mgu lepas plak bmulala kisah yg paling teruk pulak, air 1 kawasan diluar dan dalam sekolah lgsg xda.masalah dr jabatan air lg la plak..smpai skg xda air lgsg..rumahku lgsg xda air, tpaksa pulang balik pg rumah family ambik air ari2..budak lg la kesian..ada yg pg sekolah x mandi..yang berani plak mandi air bukit dbelakang rumahku..ada yg xbrani guna air 2 sebab d atas bukit ada setinggan haram..takut2 air bukit 2 sdh tercemar sebelum smpai dbelakang rumahku..tahun lepas ada yang kenak gatal2 sebab mandi air besebelahan dgn air bukit yg dorg guna skg.air 2 pun dr bukit tp guna aliran air yg lain..harap2 air ni bersihla n budak2 ni ok jak..

bilala air di sekolah n asrama ni boleh normal...
silap2 smpai aku resign dr warden pun masalah air ni x selesai..harap2la masalah air ni satu ari nanti jd normal..

Perjalananku jd Cikgu...Guru...Sifu...Teacher....Sensei...enseignant...Без перевода....Lehrer....mestre.....

1st entry (edited sebab penulisan asal yang terlalu longgar hehe)

Teringat dulu masa kecik-kecik, bila bercerita dengan kawan-kawan pasal cita-cita;

" Aku mo jadi GABAN!!"
" Aku plak mo jadi SATRIA PERKASA HITAM!"
" Ne... aku  mo jadi OTROMEN!"

Pastu betumbuk sebab masing-masing ndak mo  kalah.. hahahaha.
Ndada satu pun cita-cita yang logik..

Masuk darjah 5 baru ada pikiran sikit konon mo jadi doktor. Sekolah menengah cita-citaku berubah ikut masa.. sekejap doktor, lepas tu engineer, kadang-kadang akauntan, ada jugak terfikir mo jadi arkitek. tapi yang melekat sampai sekarang mo jadi PILOT. Pergh!! Minat betul aku. Satu kali pun ndak terpikir mo jadi Syekgu.

Belajar jauh dari keluarga di Kolej Matrikulasi Labuan memang banyak bantu aku untuk jadi lebih berdikari. Boleh-boleh sudah aku buat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi kawan-kawan. Zaman tu ramai sudah lepasan siswazah yang start tanam anggur. Ramai sudah yang apply KPLI. Aku ndak mo alami nasib yang sama. Jadi, masa isi borang UPU, 7 pilihan pertamaku is all about to be a teacher. Hahaha..pilihan terakhir bepakat dengan kawanku ambik perhotelan..In case kena 'lelong'.

Alhamdulillah, aku dapat gak tawaran dari Universiti Malaysia Sabah (UMS). Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Sains (Biologi / Kimia). Yahoo!!!!

Masa belajar ni la barula aku mula belajar tanam minat untuk jadi seorang guru. Belajar ilmu pedagogi, praktikal tutorial, praktikal di Sekolah Menengah Agama Sandakan, buat assignment, berkawan dengan kawan-kawan baru yang memang minat mo jadi cikgu.. ini semuala yang bikin aku tertarik dengan kerja aku sekarang..Cikgu...Guru...Sifu...Teacher....Sensei...enseignant...Без перевода....Lehrer....mestre.....

Cikgu Safri hahahahahaha



Saturday, January 24, 2009

cuba try test tulis blog

aiseh... saja jak aku try2 tukis2 blog ni..
sebelum ni ada gak try2 tulis blog dalam friendster tapi x bleh bukak plak sudah (alasan) hehehe..
ni pun saja jak try sebab ada satu budak ledak ajar2 blogging ni hehehe
tadi dia mintak tolonlg adjustkan blognya sebab x bleh comment..
gatal2 tangan tadi dapat plak buat..hehehe

harap2la kali ni aku x hangat2 taik ayam macam blog dalam friendster hehehe
ba adiozz
assalamualaikum